BLOGGER TEMPLATES AND MySpace Layouts »

Wednesday, December 28, 2011

Kenapa saya nak jadi cikgu.. :)

Errrrr.. Tajuk entry yang paling random..

Kenapa? Why? 
Jadi cikgu bukan kerja yang senang.. Masa depan anak orang terletak di bahu seorang guru ( & guru2 yang lain juga )..
Sebelum dapat maktab dulu pun, da dapat tawaran lain dalam bidang medical & perakaunan tapi kenapa tak pilih? Kenapa ambik maktab?
Maybe sesetengah orang akan anggap yang masuk maktab sebab nak dapat elaun.. 
Ataupun, konpem dapat kerja bila dah study 5 tahun..
Believe it or not, tu memang bukan sebab aku ambik maktab dulu.. :)

Satu benda yang buat aku rasa aku respect sangat dengan profesion seorang guru; Guru adalah satu2 nya profesion yang melahirkan profesion yang lain.. :)
Zaman sekolah dulu, aku amazed tengok macam mana guru2 yang ajar kelas aku dapat ajak kami semua belajar walaupun semangat nak main terutama lepas waktu rehat memang membara.. Aku lihat mereka masuk dengan senyuman, tak pernah nampak letih..
Mungki jugak sebab aku terpengaruh dengan ibu tersayang sebab aku selalu ekot pergi sekolah sebelom tadika mula.. 
Ada la jugak kadang2 cikgu yang marah, cikgu yang garang.. *ni suma x sukee.. isk3! :P
Tapi cecita nak cikgu tu masa aku masih kecik..


Bila dah besar, nak jadik nurse.. Kekonon nak selamatkan orang di pedalaman.. 
Sekali masuk F4, subjek sains, hampir hancorrr semua.. *hampehhhh.. "=.=
Ingat lagi dulu time sekolah, tengok tunjuk jari kawan berdarah kena kepit kerusi.. Dah la darah hitam pekat...  Hampir pitam tengok, pastu, lupakan cecita nak jadik nurse... "=.=


Lama juga laaaa tak bercita2 dulu sebelum timbul balek niat nak jadik cikgu..
Mungkin dengan jadik cikgu, aku dapat ubah segala bad qualities aku sendiri.. *harap2 la dapat berubah dalam masa 5 tahun ni.. :)))
Pastu, baru aku dapat ubah atau sekurang2 nya dapat menyumbang kepada pembangunan modal insan yang cemerlang.. (errrr.. ayat skema..)
Memang terasa berbaloi bila dapat surat tawaran interview dan dapat masuk jugak akhir nya ke IPR.. :)
1 sem dah habis.. tinggal 2 sem lagi sebelom final exam.. 
Masih panjang lagi journey di sana..
Harap2 semua berjalan dengan baik nya..
Amen :)






















p/s : errrr.. agak emo bila ingat cuti dah nak habis.. "=.=

Ho-Ho-Holidays!

Aku tau, memang dah lama sangat citer ni patut dipost & sebulan lebih blog tak berjenguk..
Sorie eyyyyyhhh.. 2minggu memang tak dapat nak on9..
Anyway, Desember memang sangat hectic.. Tapi thank God sebab vacation yang dah plan lama jadik jugak.
Vacation ke Kuching selama 4n5d berjalan dengan lancar and thanxxx a bunch kepada CL, WHH & KSP sebab dah jadik travel mates yang setia.. ^^,
From 9th-13th Dec, memang FUN-FUN-FUN! :)
Jom tengok gambar.. hehe..
*malas nak taip panjang..

the journey begins! ^^,


the cave :))

blue lake

it's Tasik Biru ekceli.. hehe..

tireddddd..

WHH.. :)))

failure using timer.. '=.=

shopping @ serikin

Well, that's all folks!
Have a nice holidays and enjoy it while it lasts! ^^,













































p/s : Happy New Year, folks! :)



Monday, November 14, 2011

Not Over You :(

Post ni akan jadik post yang depressed  so kepada sesiapa yang rasa depressed sekarang ni, better jangan baca.. Takut ada yang nangis sama.. *Sumpah! Aku sedih sesangatttttttt~ :,(



Aku tau, aku takkan jadik orang yang terakhir yang dia sayang..
Takkan jadik orang yang terakhir yang dia rindu..
Takkan jadik orang yang akan bersama dengan dia sampai tua..
*I wanna grow old with you bak kata lagu....
Tapi aku tau, aku boleh sayang dia..
Aku boleh rindu dia..
Dan aku boleh bersama dia sampai nanti..

Kenapa awak lepaskan saya dulu? Kenapa awak tak pertahan kan apa yang kita ada dulu? Kenapa awak tak pernah usaha cari saya macam saya cari awak dulu?


Bila dia dah mula menjauh, aku try cari balik..
Aku tak peduli apa yang dia fikir tentang aku..
Yang aku tau, aku sayang dia dan aku perlu pertahankan dia..
Tapi kenapa dia tak pernah buat semua tu?


Walau bagaimana sakit aty aku dengan dia, aku tak pernah tunjuk kat dia..
Sebab aku tau, emosi boleh buat seseorang berubah aty..
Yup.. belajar daripada pengalaman dengan dia..

Aku masih ingat apa yang dia bagitau.. Apa yang dia pesan.. Apa yang dia suka..
Dan sampai sekarang aku masih simpan semua gambar dia..
Tengok bila aku rindu..
Nangis bila aku rindu.


Aku nak dia balik..
Nak dia yang dulu..
Nak sambung apa yang dah kami tinggalkan 2 tahun lalu..



Cuma..
Keadaan dah tak sama..
:(












*just a short post..
can't think much.. :(
kbye~














p/s: yes! i'm still not over you!

Sunday, November 13, 2011

Last Week ^^,

Yuppppppppp!
Minggu ni minggu last nak spend kat maktab sebelom balik bercuti laaaaaaaaaaammmmmmmmmaaaaaaaa!
:D
Dah minggu last ni, rasa macam taknak balik la pulak.. Semenjak dua menjak ni dah happy sangat kan, merogol dompet kat Sibu..
*Apa laaaa sangat Sibu tuuuu.. "=.=
Kalau ada yang alert dengan photo tag kat fesbuk aku, ada la yang nampak bertapa sukasuki nya kami merogol dompet sampai 2,3 kali mencocok ehhhh withdraw duet elaun..

Tak sabar aaahh nak balik..
Sayang, MUJ dan CP takda lagi pasni..
Terpaksa aku dan RAP berdua2 an jalan2 pasni..
Anyway, gud luck sygs!
Welcome back to students' life~ ^^,
Tahun depan kita mesti jumpa okeyyyyhhh? Orite :D


Last week ni jugak SS menagih pameran nya..
Terpaksa jadk ilmiah siket bukak tab google search *at least yang bersifat maklumat penting..
So sapa2 yang nak datang tengok amat lah dialu2 kan..
Nasib baek la da CL tolong buat research.. Dah la aku nihh separa blurr tentang apa yang berguna..
Maen copy paste jak.. Gampangg "=.=


Aaaaa.. Just a short update..
Malam ni macam tak mengizinkan aku multitasking buat kerja untuk exhibitions sambil berblog so aku just blogwalking.. Yaaa.. At least da jugak benda yang boley buad aku senyum dan ingat what is the real point to blog. :)
So, have a nice weekend everyone~
*kalau ada yang baca laaa.. hampehhhh "=.=












p/s : boleyy tak kalau kau takyah nak racist sangat? Yang kau jaja ke sana kemari cter mengaibkan agama lain selaen agama kau, kau rasa baek ka? Kita kan 1Malaysia derrrr..








p p/s: sorryilyjackyho~ :(

Friday, October 28, 2011

The Update..

Sohrieeeeeeeeeeee sebab dah lama tak update.. Well, terpaksa curi masa yang sebenarnya banyak tetapi dihabiskan untuk tidor.. "=.=
Macam best jer nak mengupdate bila lama dah tak update tapi dengan hujan yang makin lebat dan broadband yang semakin ciput line nya, aku dengan penuh perasaan bak ibu yang sedang mengidam kepsi, ku gagahi jua.. *haha.. merepekkkkk~

So, ke mana menghilangnya saya hampir sebulan ini?
Kita mula dengan berita yang paling fantasterbest :)

http://www.theborneopost.com/2011/10/04/ipgs-battle-it-out-for-best-drama-presentation-in-miri/


Baca laaaaa :)
Yang ni, memang yang paling banyak mencuri masa tidor di waktu petang dan hujung minggu khususnya..
Berbaloi jugak bila dapat tempat pertama dan dapat perform depan CM Sarawak & isteri beliau..
Btw, isteri beliau memang cantekkkkk derrrrrrr.. ;)
Plus, dapat la aku mencabul dompet di Parkson.. Muahahahhaahhahahaha~
*gelak sakan walaupun pokai time balik... sobsob...

Sebab lain, senang jer jawapan nyaa..
Sebulan tak masuk kuliah, alamat, bayar bill assignments la dengan lecturer2..
Gampanggggg...
Dan sekarang, aku dengan bangganya bagitau yang aku sekarang tengah menikmati cuti seminggu Deepavali di rumah.. Oww yeah~
Home sweet home bebeh :)
Dan segala rasmi nya jugak aku nak bagitau yang kerja yang diberi sebelum cuti ni belom siap semuanya..
hahahaha..
*dasar pemalas..
Ambek lah kau nanti , tak tidor sampai pagi...
U_U












Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. hehe..
That's all :)
Muuaahhxx!
















p/s: Over a month passed, yup.. IMY.. :(

Friday, September 23, 2011

Da BDay of mine :)

Currently, pukul 0150am,23 September 2011 so kira2 dh sejam lebih dah aku berusia 18 years old..
Yessss.. I'm 18 odyyy.. ^^, *clap2..

Dengan ter-update nya blog ni pada pagi ni, sya dengan rsa 'tidakbanggabercampurmalas' nak habaq maii, sekarang ni, tuan empunya blog sngt2 bz.. Latihan drama dari pagi sampai malam.. belom tambah bersengkang mata dengan fesbuk, muvie assignments yg sangat demand mak datuk K.. Pra-tonton dh 4 hari lagi tinggal.. Bertolak ke Miri, 30 Sept.. Pementasan, 4 Okt.. OK DONE! nak extend lagi pasal drama ni, meme aa tak dapat nak citerr so, next time aite? :)


Okayyyy.. Menyentuh isu yang ditimbulkan di dalam tajuk post di atas..(ecehcehcehceh..)
One thing for sure, I'M SO HAPPYYYYYYYY! ^^,
Midnite after 21 Sept, Daddy V, MMP, KST(merangkap 2nd BDay girl), MY, WHH & CL nyanyi lgu HB ramai2.. Seyes.. sangat2 surprise.. bkn pa.. time tu mata dh stim, ingat katil jerrr.. :p
CL pn x ckap pa2.. sangat pndai bersubahat itu orang tua.. tehee~
The next day pun, masih diam.. ajak lunch kat cafe pun tak mok.. aieeeee? pa kena pak cik tokkk oww?
Sampai lah malam prektis drama...
Daddy V & Mama Flo bantai aku terok glak.. Sampai aku disuroh shut up.. Masa tu dah berkaca2 mata ku nak nangis. Mama Flo siap warning lagi, "nangis lh.. sikit2 nangis.."
Dahhhh.. Ku tahan..
KST lewat datang, aku jugak yang kena.. "=.=
Semua orang marahh.. Semua orang diam..
Ku tunggu masa nak burt out into tears whennnnnnnnn....


HAPPY BIRTHDAY TO YOU.....
HAPPY BIRTHDAY TO YOU.....
HAPPY BIRTHDAY TO LO AND TING..

HAPPY BIRTHDAY TO YOU.....




OMG!! Otometik ku nangis.. *nang tak malu...
Ku pandang belakang then ku tengok CL datang bawa kek..
Dahhhh nangisssssss...
Dah habis kek dilantak, terus ku call my mum.. sebak rasa takda kat rumah nak celebrate BDay tahun ni..
Konpem mak rindu nak dengar aku pujuk nak BBQ belakang rmah untuk BDay tahun ni kan3? :p
Anyway, thanx for the surprise, you guys..
My Big Happy-Sometimes-Annoying Drama Family.. :))))))
Daddy V & Mama Flo..
My CL & WHH.. :)




Tak lupa jugak yang sanggup bersengkang mata semata2 nak ucap tengah2 malam tuuu.. JU.. :)))
SV sampai ucap 2 kali.. "=.= & yang berkenaan lah..
To end this memorable day, here's some pix.. :))))


:)


:)


love..:)


smileeeeee :))))))))

Once again, averysooomuchsuperdupergreatbigthanxxxx kepada yang dah wish & susah2 buat surprise.. LOVE YA'LL! :))))












p/s: JU ttap orang pertama wish.. :)))) 

Sunday, August 14, 2011

A weekend here in MaPeRa

Jam? 1529 bila aku mula2 bukak tab blogspot.. :)
Currently hujan di bumi Rajang ni.. *intro sengal..
Sebab dah bosan dok mengadap lappy, buat assignment Basic Maths, nak blogging jugakkk.. tehee~


Okayyy.. Tipikal hujung minggu aku kat sini, buat bising assignments.. (ye ke..??)
Tapi minggu ni macam lain jerr.. Yaaaa.. Saya semakin rajin walaupun tak seberapa..
:)
Let the pictures tell the weekend here..



assignments yg nmpak sikit tapi bnyak nak mamposs. 

Nampak takk? Kiud tak bed sheet aku? :p
Assignments ni lah peneman aku time boring.. (kekunun nyerrr...)
Semua due date minggu sebelom cuti raya.. Apakahh??

lma dh x bukak tab microsoft word lbih dri half an hour

Natang ni lah yang currently sangat2 menghantui tdo malam ku..
Tak habis2.. Ada jerr yang tak kena.. Mata pun dah naik puffy ngadap lappy, tekan kalkulator, cari maklumat.. Haisssss..

panadol & ubt flu

See? lama2 buat kerja, sakit terus.
Yelah, kalau dah mngahadap lappy sampai 2,3 pagi sebab skype, fb buat assignments, mana tak overdose kepala.. 

So, nak hilang stress, here's my way..:) *senyum kambinggg

as usual.. tehee~

Chatbox sengaja bukak.. tapi tak aktif.. hehe..
*ini tipu yerrr..

blom hbis2 lagi baca.. 

My personal favourite.. :)
Chapter 1, nangis tengah2 malam aku baca.. 
Sekarang ni nak catch up baca buku ni pun dah takda masa.. :( 

hehe.


Haaaaa.. Aktiviti mlm2.. tehee~~
Yg ni sample jerr..
hehe.. *wink*


Tu lahh yang tipikal dibuat kat sini hujung2 minggu.. Ada jugak kadang2 outing pergi Ckeii..
(kadang2 jer kerrrrrrr?? hoho)
Sekali sekala lepak2 kan3? :3


Anyway, sekali lagi assignments memanggil..
Chow3.. 
:)











p/s : can't wait for another 2 weeks.. ^^,







Tuesday, July 12, 2011

11 July 2011

*ekceli post ni lewat sehari so sowie la tuan empunya B-day..=)


21 years ago.. A baby boy was born..
He was perfectly born, everything are at where they supposed to be..
His parent gave him the name Jackyho..
Like that one..:)


Day by days, that baby boy grew up to a little boy.
A little boy who loves to draw and play.
The world is his playground..
As time went by..


That little boy has turned into a young man..
A good one.. *w i n k!*
He went through his schooling time, his college life and now, he's a working man..
Through all those phases, that young man has become a hero to me..


He can be the shoulder to cry on..
Can be the ears to listen to all my laughter..
Can be the teddy to comfort me all night..
Can be my best buddy..
& also, can be my greatest enemy.. Tehee~



On this special day..
I just wanted to say..
HAPPY BIRTHDAY SAYANG..:)
ILY.. 




like this one.. that ring bhaa..xD


Sunday, July 3, 2011

2nd week sudah..

video


Ahaaaaa...
Video ni lah yang paling sesuwai describe minggu ke-2 di sini..
Assignments sana sini..
Belom lagi kalau tambah dengan kerja2 extra lepas kuliah seperti BCF..
Plus, tugasan2 yang perlu dilakukan sebagai seorang K.O..
*skema terus ayat ku deng.. haiss.."=.=
Tulah, sapa cakap yang tugas nak jadi seorang guru senang? 
Ni baru jer teacher-in-training, dah merungut..
Kemon la loriana !
Tak semangat langsong la u nihh..

Tapi seyes aa.. Dah lama aku x bz camni, mana tak aku terkejar2 sana sini..
Dah la the only girl K.O untuk batch tahun ni..
Semua kena kejar2, pakai court shoes memang tak larat..
Malam memang ingat katil jerr oww..


Malam nanti(3rd July 2011) BCF dah mula..
Aku, KST & MMP ekot menari..
*apekejadah..
Haha..

Tyme 2nd July 2011, ada larian serentak, 1murid, 1sukan..
Semua kena ekot..
Dah la aku memang 'faveret' bab lari2 ni..(sentap..)
Dari larian ke jalan kaki, memang penat siottt!
Tapi, thank God sebab aku berjaya habiskan walaupun ada sakit.. ^^,
Proud of myself.. 
*kembang dh idong.. haha. 
Sayang takda gambar nak tunjuk.. 
Memang best aa... 
KST konker larian tu bagi peserta perempuan..
You go girl! :)
Pas larian, ada cabutan tiket bertuah..
MMP dapat! Ahahaha.. Bertambah la stok dalam kotak bantuan tsunami kami.. ^^,




Petang ni tadi, kami balik umah MMP..
Aku, MMP,KST & MAD ekot sama..
Sampai Sibu, tukar baju, pastu turun..
MMP drive..
Dinner luar..
Today is a TOTAL fun!
Walaupun letih(besa laaa tuu).. tapi aku manage buat semua.. :)

& the biggest smile I had when I bought something great..:)
I'll tell in the next post.. *wink!*












Dah hampir pukul 2 nih..
Kena tido..Tak dapat bangun esok, nak balik Bintangor lagi.. "=.=
Chiaaaaoooooowwwwww!









XOXO..


p/s: homesick! missing everyone..:(


Sunday, June 26, 2011

Fuhhhhhh!

Haisssss...
Apakah satu minggu? *What a week..*
Ni baru la berabad tak update blog.. Memang berhabuk, ditambah dengan citer2 best yang sepatutnya dibaca minggu lepas.. Baru la terasa kehebatan internet bila lama dah x on9..
Last weekend,, 2 malam aku menetap separuh msa kat cc, lepaskan ketagihan on9.. Terutama skali, fesbukk...
Mummy misss you giler2 fb!

Jadi, since aku tak bagitau sangat aku g bertapa kat mana seminggu ni sampai ada jugak yang cari..(glamer ke aku..? ) so, here's the answers..
Aku sekarang dah selamat & jayanya berada di IPG Kampus Rajang, Bintangor..
& dengan bangganya telah menghabiskan 5hari 4malam di neraka minggu orientasi..
Bz sesangat sampai dah lupa bahawasanya diri ini mempunyai henpon nak koling2 famili..
Bz sesangat sampai dah alpha dengan kewujudan internet..
Huhue..
Memang tak best mula2 jauh dari famili, kawan2 seperjuangan lepak..
Tapi, since aku dah jumpa ruumates yang memang satu kepala & jugak coursemates yang sama, boleh laaaa tahan minggu ni...




Aku nak recall apa yeee dalam entry kali ni?
Minggu orientasi?
Haduyaiii.. tokseh2.. 100% torture.. Mentally & emotionally..
Tapi, sikit2 ajar aku macam mana  nak fikir seperti seorang guru.. (Cewahhh!!)

Sejak dah masuk sini, nape aku selalu merasakan kemengantokan yang hakiki aa..? letih sangat ke?
Haisssss... ntah leeeerrr..







Just a short update..
Dah kering idea nunggu roomates sampai.. hehe..
Chow~












p/s: I think I'm falling for you..

Friday, May 27, 2011

Love & Money..

Ri tu, tyme merapu ngan JU, terkeluar la satu topik..
Pasal cinta & duit @ money @ fulus...

Ada orang kata, duit tu lagi penting dari cinta..
& ada jugak yang kata cinta tu lagi penting dari duit..
Mana satu yang betol aa?

Let us take a look..
Kalau korang di dalam golongan yang kata duit tu lebih penting dari cinta..
Consequences nya?
*korang akan dapat gelaran materialistik @ pisau cukur @ yang sama waktu dengan nya..
Tapi kan, tak dapat dinafikan la,memang sekarang duit tu sangat2 penting..
Even nak 'melepas hajat' pon kena byr tau???
Takde yg free di dunia ini..(cewahhh!)
Yelah, nak bercinta ni la yang pakai duit banyak..
Nak beli topup la sebab nak gayut lama2..(Akhem! Pengalaman sendiri..=p)
Nak beli prezen la, tyme B-day, tyme Valentine.. bla bla bla...
Nak belanja gf lagi(terutama beboys)..
Tak belanja, tkt gf kata lokek.. Gf pulak kata bf tak romentik kalau tak seponser..
Nak belanja, pakai duit lagiiii..
See? Nampak tak bertapa duit mempengaruhi hubungan tuu..
Ada lagi contoh2 yang lain, ni contoh yang tipikal jerr..
Even korang nak text pakwe/makwe korang just nak ucap 'gud nyte' atau 'ily' pon pkai duit.. Yelaa.. 1 sen..=P

Kalau korang tergolong dalam kategori yang cakap cinta tu lebih penting daripada duit...
Let see..
Kalau takde duit, nak buat apa? Nak duduk mana? Nak gi mana? Nak makan apa?
Semua pakai duit beb..
Yup.. memang ada yang kemaruk bercinta sampai tinggal kat bawah jambatan ngan kapel sebab nak buktikan yang diaorang ni sangat2 in love with each other..
Korang sanggup??
Tak sanggup I... huhue...



* S I G H*
Bagi aku la, takde beza kepentingan dua perkara tuu..
Dua2 saling bergantung kepada satu sama lain..
Bak kata ckgu Bio, mutualism..
Yelah, kalau dok hangat bercinta tapi poket kosong, xleh pakai jugak..
Kalau dh kaya x ingat dunia tapi xda cinta @ kasih sayang, pon xleh jugak...
Especially bebudak yang masih muda..
*ehhh.. aku pon budak.. aku pon muda.. tehee~

*Cut the crap..*

Anyhow, jangan la nanti kan, kalau satu hari kapel korang nak mnta break sebab nak cari org yang lebih loaded, korang terus sumpah seranah.. Mungkin dia minta break sebab taknak hidup susah nanti..
Bukan la nak mengata semua lelaki tak dapat tanggung gegirls.. ni sebahagian jerr..
kalau dah ada plan nak hidup sesame, plan la jugak, nak beli kereta ke, nak beli rumah ke, nak tambah anak ke..  Baru lah balance & terbukti yang korang memang seyes..^^,





Ahaha.. sudah habis merepek.. I'm soooo soooooo sooooorrryyyy if my thoughts hurt or offended some people.. It's just my point of view..=)










p/s: gampangggggg~ banyak lagi yang nak buat sebelom cuti sekolah habessss.. Pye2 Kapit..:(

Monday, May 9, 2011

Happy Mother's Day...=)

This entry should be posted yesterday since yesterday was Mother's Day..




my mom..^^,

Happy Mother's Day, mom..
We will always love you..


Thank you for being such a great mother, a loyal wife, a good sister and a loving daughter..
Thank you for all the love & affections..
Thank you for all the times spent with us..
Thank you for all the sacrifices you've done to us..
Thank  you for everything...=)


This simple yet meaningful entry is just for you, Cikgu Dulcie Didun anak Bulan..















p/s: wish you were here sis...




Sunday, May 8, 2011

The best friend of mine..

Entry yang wonderful ni adalah untuk seorang kawan yang wonderful..=)

Roberto Angkin


First kitaorang kenal masa Form 1.. Tapi kitaorang belom geng lagi tyme tu..
First impression? Aku rasa dia ni sorang pencinta wanita kot.. Sebab dia memang salu geng ngan budak perempuan.. Hehe..
Sampai kitaorang Form 3, kami dua masih belom geng.. Lagipn, tyme tu, kami dua sama2 dah ada BFF masing2  so maybe macam 2 parallel lines la..
























Masuk Form 4, aku join drama.. Dipendekkan cerita, pertandingan drama x jadik.. Terpaksa tunda ke bulan Julai.. Dalam masa yang sama jugak, team debate BI cari ahli baru, nak cukup kan kuota 4 pembahas..
Thanx to Miss Erlinda, selaku guru bahas sebab bagi kesempatan join debate walaupun last minute prepare..
Dalam 2 minggu camtu la kami spent tyme sama2, along Patrick & Gerald..
Habis debate, kena rush buat semua paper Addmath yang tinggal sebab debate tu berlangsung tyme exam, Addmath lagi tuu.. "=.=


Dipendekkan cerita, lepas join debate, secara tak sengaja, Cikgu Eff ambik dia join drama.. 
*kekurangan tenaga pelakon masa tu..=)
Again, masa lepak-ing sesama pown bertambah & kitaorang pon rapat..^^,
Sama tak siap kerja sekolah, sama exam lambat, sama travel g Betong.. Semua sama la..


Tahun lepas,(2010) kitaorang sama2 jadik pengawas..
Masuk kelas baru, duduk sebelah menyebelah..
Bak kata Hatim, bersekutu bertambah mutu, so, bila dah duduk sama2, konpem tumbuh tanduk.. Tehee~
Tapi kitaorang budak baek tauuu...
Tak pernah langgar peraturan..*ye ke.....? =P
& sebab tahun lepas kitaorang SPM, bz la jugak...
Bz study(berborak je lebih.. hehe..)
Bz duty(yang ni pon, berborak & bergosip yang lebih.. hehe..)
Bz makan dalam kelas..(xtvt wajib stiap pagi..^_*v)
Memang tahun lepas adalah tahun yang ter-best..
*Maybe sebab dah ada kesedaran bahawa diri ini bakal berenti sekolah..
Most fun, lawatan pengawas..^^,
Dah try minta pix2 saat2 gumbira itu daripada incik Roberto tetapi hampeh.."=.=
& sedar tak sedar, dah SPM...
Habis SPM, bubye skol~
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Up until today, Roberto and I are still best buddies..=)
Sharing tears & laughters together, going through ups and downs together.. Even making new members to hang out with..^^, *w i n k!*


Sempena bulan Mei ni(which is the month we're both started to be friends & today is his B-day..), nak bagitau dia, thnx for everthing..

*For shoulder that you lent whenever I needed the most..

*For all the foods and beverages that we've shared..

*For those jokes that have made me laugh..

*For all the problems that you wiling to share..

*For new friends that you've introduced..=)

*For all the informations that you've gave...

*For the gifts that you've gave me..

Thanx for all...=)


the first debate..=)




bengkel teater..




pix last year..





Pix tahun ni, still looking.. hehe..
Anyway, thanx again for being such good friend..=)













p/s: kalau ada yang x sempat meratah kek B-day Roberto tadi, minta kat dia aa... hehe..





Sunday, May 1, 2011

1 year suda..

Tak terasa, setahun sudah..
Apa yang setahun? Anak? Kuceng? Henpon?
Bukan...
Ekceli, hari ni, setahun sudah aku ngan SAL dah break up.. Yup.. Setahun..


Aku nak review ape yer sempena hari 'bertuah' ini...?
Okengg.. Review yang baek2 jer laa.. Taknak aku kutuk janda aku...
Ehhh.. Aku janda @ dia janda...? Hehe.. Ignore..


Kitaorang start kapel 14/12/2007.. Masa tu, baru nak kenal la kunun2 nya..
Thanx to kazen Abass Ultraman coz invite dia balik kampung sama.. Kalau tak, mungkin kitaorang tak pernah jumpa & sekali lagi kau ambek ucapan trimas sebab telah menjadi posmen yang amanah.. Salu kirim prezen kat SAL kalau kitaorang tak dapat jumpa.. ^^,v


Hrmmm... Sepanjang tempoh 2tahun lebih kapel, kitaorang cuma dapat jumpa 4 kali kot.. Kalau plus bertembung kat market ke, umah kazen ke, banyak kali la jugak.. Pelik kan? 2 tahun kapel, 4 kali jer jumpa.. Kesian nyer kat ngkau.. Tehee~ Tapi, aku tak kisah.. Sebab aku dah kenal sangat dah perangai dia macam mana.. Texting pon jarang, jauh lagi nak koling2..


Aku masih ingat lagi senarai kepentingan dalam hidup dia(mengikut review aku..)

1. Dia mengutamakan famili dia especially mak tercinta..
2. Dia syg kawan2 dia..
3. Syg moto..
4. Syg PSP/PS2
5. Syg kerja dia..
6. Syg aku..


Hehe.. Nampak tak ranking aku kat mana? Best tak? ^_* *wink*


Apa yang aku suka & syg sangat kat dia?
Nak kata dia encem, tak jugak..
Nak kata dia loaded, tak jugak.. 
Nak kata dia gentleman sesangat, tak jugak...
Habis tu? Aku suka apa kat dia..?
*smile..
Here we go..

1. Lawak kaw2 dia.. Seyes cakap, dia selalu menang kalau kitaorang mock each other.. Apekejadah...?
2. Aku suka cara hidup dia yang simple..Dia simple sesangat.. Tak dress up giler bila nak keluar.. Keluar ngan aku pon pakai short, tayang bulu kaki..=P
3. Dia tak tunjuk sangat yang dia syg aku.. Dia tak jiwang.. Kalau dia cakap pon macam ni jer..
"Aku syau ke d.." or in BM, "Aku syg ngko.." 
*smiling..Ahaa.*
4. Dia tak hipokrit.. Depan famili aku, even ngan parents aku, dia tak kontrol macho..Dia tau macam mana nak ambik hati.. Puan DD suka dia tau.. Pernak sekali mak tanya after kitaorang break, "Ma rita SAL? Lama enda meda ya..". Translation, "SAL apa khabar? Lama tak nampak.."
Tersentap hati ini.. Huhue~
5. Dia hormat aku.. Dia tak kesah sangat apa yang aku buat, dengan sapa aku keluar.. Sebab dia percaya kat aku..^^, 

Macam tu la budak yang pernah aku sayang & sampai sekarang pon, aku masih sayang.. As ex op kos..
Adalah jugak kitaorang texting sekarang tapi jarang la.."=.=
Kalau dah topup banyak sikit baru dapat texting.. Sebab numb dia, aku tak Xpax.. Hehe.. 
Apa yang kitaorang borak, hanya kami dua yang tahu.. *w i n k w i n k !*



Ni je la yang aku nak share.. Lain2, special part..=)
Nak kasi lagu ni kat dia la..






p/s: selepas setahun, everthing bout him still looks new to me.. Miss ya!

Tuesday, April 26, 2011

I miss it~

Saya rindu masa dulu..

Saya rindu bila kita dua awake sampai pukul 1,2 pagi, bergayut..
Share2 story.. Buat lawak, merajuk, pujuk balik..
Awww... Awak sweet sesangat..
Plus, kalo dapat kol free, berjam2 on the phone.. 
Ada jer yang nak diborak...


Saya rindu, tiap ujung minggu, kita dua lepak sama2..
Awak tunggu saya habis tuisyen, sebab nak pastikan saya lunch..
Pastu, awak tolong bawa buku ke, lappy ke..
Memang best kalo ada bodyguard camtu.. Tehee~


Saya rindu, awak text saya panjang2, bagitau yang awak sayang saya..
Bagitau saya yang awak takkan pernah tinggalkan saya..
Macam mana kita dua mula jumpa..
Seyes cakap, saya masih simpan text2 awak tu..
Bila saya rindu, saya baca balik text2 awak..
Pastu, saya senyum sendiri..=)


Sekarang, kita dua dah jauh..
Takpe.. Saya faham..
Awak study..
Tapi kan, kenape sekarang kita asyik gaduh jer..?
Hal kecik jadik besar..
Takde mood tak tentu pasal..
Awak yang berubah @ saya yang berubah....?
Sekarang ni, saya lebih suka empty kan inbox & send items saya...
Takde pape yang boleh buat saya senyum or even buat saya antar ILYSDM balik..



Sekarang, saya pelok teddy tiap malam..
Berharap saya dapat pelok awak macam tuu..
Berharap awak sentiasa ada di sisi saya tiap malam..
Berharap keadaan kita dua akan baik...
Tapi, makin hari, makin jauh kan..?
Sikit2 gaduh, sikit2 takde mood..



Saya just nak awak tau, saya rindu awak yang dulu..
Yang tak kesah bila saya nangis bagitau kat awak saya rindu ex saya..
Yang tak kesah bertapa kejam lawak saya..
Yang tak kesah dengan nama panggilan awak yang saya buat...
Yang selalu bagitau yang awak rindu saya..
Rindu nak jumpa... Nak hug..
Rindu saing main game Cupcake Corner..
Pendek kata, semua saya rindu..


Awak..
I hope everything will be better soon..
IMY~


Wednesday, April 13, 2011

What a week~~

Hokeh....!!
Minggu ni, memang, total chaotic!
Ada yang sedey2, ada yang epy2, ada yang sakit hati... "=.=

Aaaa... Kite citer satu2 k..?


10 April 2011


Kitaorang tengok gig, kat Stadium Tertutup Bleteh..
Nak kata meriah, tak la jugak.. Tehee~ Tapi aku terpaksa stay sebab JR dah janji nak antar balik...
JG yang bagi idea nak datang..
Wahh~ Semua nak datang.. Pakat2 1 van..
Aku, RA, AR, CA, AT tumpang TM g stadium.. TM jugak yang nak antar.. Tengkiu2..^^,
Sampai sana, jumpa RR, JM, GD, MU... aaa... banyak la.... Aku pn boleh lupa.. tehee..xD
Bla...bla...bla...
Tak banyak yang boleh citer.. Tengok gambar jelah..

the back view.. hehe..

Ekceli, tu jer gambar yang ada kat aku.. Tak sempat ambik untuk tujuan blogging so, kalau nak lagi, kelik NI..

Aku balik pun lewat sebab the twin, JR dan JG kena perform sampai VIP datang.. Kena tunggu budak2 habis pertandingan mewarna lagi..
Sampai rumah, round 630pm.
On9 jap....
Mandi......
*pit,pit*
Homaii.. JR dah sampai depan gate rumah aku!! KItaorang dah janji nak jenguk MC sebelum dia pergi Sibu, operate kaki dia..
Sori.. Ni pn takde gambar..
Dok ralit dengar mak dia bercerita tentang kecederaan yang ngeri itu.. Tidak sanggup I mendengar... (O.O!)
Yang rindu kat MC tu, boleh la datang jenguk dia kat wad ortopedik di Hospital Sibu ye. Terima kasih..=)

12 April 2011

Pun tak banyak yang aku nak cakap.. Let the picture speak for itself..

kelik untuk tumbesaran berganda kuasa naga..

Hehe.. Smiling all day..=)

13 April 2011


Sebab aku dah dapat surat tawaran tu, so, aku tak jadi la nak ikut temuduga kunun2 nya kat SMK Kapit pagi ni..
Round pukul 8, SV kol, tanya betol ke tak tempat tu.. Aku cakap betol je lah.. Orang ramai pun dengar kat dalam radio macam tu.. Aku pun masih mamai nak tdo masa tu..
Pas mandi, aku text RA.. Tanya macam mana interview..
Ter-reveal la segala nya..
THE WHOLE THING IS JUST A LIE, A BIG FAT LIE!
Guru2 kat sekolah tu cakap, takde interview kat sana.. Tau2, pihak radio salah announce..
Cilake~~
Punya la susah2 orang turun, nak intervew, rupa2 nya, takde!
walaupun aku tak iko diaorang, tapi aku faham la, macam mana rasa bila kena camtu..
Memang unfair~
=(

Hrmm.. Takat tu jer la, untuk minggu ni..
Kelak update lagi..=)















p/s: masih kelam kabut dengan persiapan nak g interview.
Wish me luck!! (*.*v)


Monday, April 11, 2011

latest update..

Nothing much to say..
Got loads of fun yesterday..
Maybe updating soon.. As soon as I get those pictures...
Busy..busy..busy...


Friday, April 8, 2011

Musim pilihan raya...

Haiss.. Dah dekat dah tarikh mengundi.. Makin bz la pemimpin2, calon2 berkempen nak tarik undi rakyat..
Seyes cakap, aku langsung tak tau apa2 tentang politik ni...
Yang aku tau, ada kisah tentang video sex tu jer..
Sungguh.. pengetahuan am aku memang lemah..

Bukak jer paper, penuh dengan berita tentang pilihan raya, calon2 dan yang sama waktu dengan nya..
Yang takda pn cuma kat seksyen artis, iklaneka, sukan dan part seantero..
Buletin utama? Lagi la.. Semua isu berkaitan dengan pilihan raya, suma ada..

Kapit pun tak terkecuali daripada bahang2, aura2 pilihan raya ni.. Yelah, nama pon dh pilihan raya DUN Sarawak..
Tengok la gambar2 ni..
Maaf kalau kualiti tak memuaskan..
Ambik gambar pon, dari dalam kereta bergerak.. Plus, dengan kamera yang ala kadar jer.=)

dekat wharf..


roundabout..

pix pling best.. igt ada rusuhan tek.. "=.=

kan best kalau self potrait aku segabak sign tuu.. hehe..

at the simpang..

Tu baru sikit jer..Kalau on foot jalan2 kat pasar, lagilah sesak dengan poster2, banner2 ape semua tu..
Even kat tempat tunggu van pon ada jugak poster..
Memang hebat penangan pilihan raya ni..
Jalan yang lengang boleh jadik sesak sebab punyalah banyak kereta, van, tampal poster, bawak bendera, berkempen sana sini.
Plus, ramai yang pulun2 satu famili turun nak join serta berkempen..

Ada jugak yang buat pusat ala2 pusat kegiatan.. Tempat diaorang berkumpul, plan strategi, mcam2 lagi la.. Aku rasa la, ada jugak yang datang sekadar nak melahap jer.. Maklum la, makan free la katakan..Hehe.. Ni pengalaman sebenar yee.. Identiti trpaksa dirahsiakan.."=.=

Part yang paling best time berkempen ni, diaorang berarak ramai2 kat pasar.. Homaiii! Memang macam The Invasion of Zombies.. Semua pakai lawa2, smart2.. Boleh jugak ada yang pakai baju batik.. Semangat itu pak cik..=)

Sekarang ni, 1 jer yang aku fikir..
Kalau aku dah masuk peringkat mak cik, mak cik kn, dalam 20 tahun akan datang la..
Aku ikut politik macam tu jugak ke..? Hrmmm..

thinking..

Hrmm.. kelak update lagi.. 
Lost suda saya ini.. Tehee~
kita minum dulu~~







Sunday, April 3, 2011

one sweet day~

Baru sampai rumah.. Haduhh! Capek deh gue..
Terus blogging.. Mwahahaha~
Well, kelmarin, aku prgi Cboo, nak buat spec baru.. Niat, nak beli spec Ray Ban gk.. Tak jumpe2.. Haiss...
!=.=
Tapi nasib baek, niat nak buat spec baru tak terbantut.. Mau kena pelangkung kalau x siap jugak hari nihh..

Sampai jer kat Sibu Jaya, my home sweet home, wajah comel Alan adalah muke yang pertama aku tengok.. ^^,
Sori la... Takde pix cumil Alan nak tunjuk..
Sumpah, budak tu kiut, tambah2 dia baru jer boleh meniarap..
Tapi, suke giler2 nangis tengah2 malam..
Waktu aktif? Dalam pukul 4a.m..
Siap la mendengar alunan merdu sora si Alan..

Moving on.....

Hari ni, awal2 pagi, aku & kazen, Nyek tonton vcd..
Vcd budak2 tadika tu...Yang lagu tema dia yang mula ngan ayat:

MENTARI, DAH BERSINAR..
AYAM PUN, SUDAH BERKOKOK...


bla...bla....bla.... try cari kat Youtube tak jumpe plak..


Pas 7 pagi, gerak g pasar Cboo..
Kesian plak ngan si JU yang dah tunggu... Tehee~ Sowie bebeh..
Pas breakfast, jenjalan...
Sempat la beli 1,2 baju baru..
Akhem~ Sila jeles... Haha..
*Apekah......?
Yang penting, harus la outing kita diselitkan dengan lawatan sambil melantak ke Kepsi aka KFC..=)
Hoyeah~~
Sekali lagi, tengkiu yang x terhingga buat incik JU sebab dah jadik penanja utama sesi melantak kali ini..
Ambik spec, trus antar si kazen balik..
Pai2 Cboo....=)















Well, sebenar nya, takde la benda yang menarik sangat nak show..
Just nak bagi sebijik penghargaan buat si kazen yang susah payah nak antar g pasar wlaupun hakikat nya si kazen ini tersangat lah liat nak bangun pagi..=p
& buat incik JU, I'm looking forward for another day like this..=)
Nice time spent with you...

yess.. i'm happy..=)

Uhhh...
Btw, JU, 

Hehe...




p/s: cik kakak KS, tlng beli kontek lens utk adek cumil ini, boleh? =)



Tuesday, March 29, 2011

Update~

Hokehh!
Tak terasa, dah nak April.. Time ni la tawaran kemasukkan ke IPTA dan yang sama waktu dengan nya mula mencurah2 ke ladang gandum, jadi lah Coco Crunch! Haha~ Merepek..

Sekarang ni, mula lah aku bz meng-apply sana sini, memang menimbulkan rasa pelik la bagi yang nampak history internet aku.. Kalau dulu, tab Youtube, Blogspot(sbb aku blogwalking.. mls update jerr..=p), Fesbuk? Wajib! Sekarang ni, ada la jugak, tab yang berunsur pendidikan.. Aicehcehceh! =P

Kalau orang tanya kat mana nak sambung study lepas ni, memang aku tak dapat jawab.. Bukan ape, taknak aa overkopiden sangat bagitau kat suma orang yang aku nak jadi guru.. Yup.. Cecita aku, nak jadi guru.. Guru ape? Guru English takpun guru tadika..=)
Kalau cecita lain, mungkin aku tak berapa nak minat tapi heyy, minat boleh dipupuk kan? Tak semua yang kita nak kita akan dapat.. Bagi yang dapat result terbabom, CONGRATS! Bagi yang dapat tak berapa nak ok, masa ni la kita improve diri sendiri instead daripada give up..

Bagi yang dah apply or tengah apply, pilih la apa yang korang betol2 minat.. Takyah la apply semata2 nak dapat gaji besar or cuti banyak.. Kalau hati tak ikhlas, baik takyah.. Ni bukan nak meyebok okengg? Just nak bagi sepatah dua kata..

Aaaa... Apa lagi aa?
*Berfikir sejenak.....
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Entry bakal disambung kelak.. Hehe.. Sajer wat saspen..

wish me luck..=)






p/s: cepat la lesen... Dah tak sabar ni..=p x tahan.. haha..=)

Sunday, March 27, 2011

Blessed Sunday!

Ow yeah, ow yeah!
It's Sunday you all~~
Hehe...

Akhirnya, hujung minggu yang ditunggu2 sampai jugak.. Plan, ingat nak jenjalan ngan si Roberto..
Aku bangun round 0930am..
Mata masih nak tutup, ngantok bebenar la teman..=P

Pas berus gigi, terus ngadap leptop..
Takmok lagi dh nak jenjalan.. Haha..
Well, ok jugak la aktiviti on9 ni dijalankan time2 macam ni.. Bettter la dari duduk kat tangga depan umah, ketip2 kuku dengan jelingan manja sambil menanti bebudak lelaki remaja lalu dan melafazkan 'Pewitt!'
Takpun, minum teh perisa vanilla & berbual tentang hal2 pilihan raya yang akan datang..
Ok.. aku tak politik yerr.. Hampeh rasa diri ini berbuat sedemikian...


Ekceli, pas SPM ni, lagi la banyak kerja nak dibuat..
Apply tu, apply ni... Nak decide course pa yang minat or at least terpaksa minat...Hehe..
Bila dah tensen2 on9..(ehh, tensen ke..?)
Aku bukak Youtube.. Nak cari vc yang tak hampeh nak ditonton la..
Then, aku jumpa vblog artis sorang..
Wa cakap lu, memang best dia punya vblog!
Saia ada manyak suka! =)





Ni la video yang buat aku gila sejam.. hehe..
Memang lawak kaw2 la dia pnya video.. Tambah best, siap ada pengajaran lagi tu..
Salute kat Mat Luthfi! =)
*btw, jambu aa dia nih.. haha..


Ada lagi video yang aku wajib tonton sekarang...
Korang kenal Fred?
Bukann... Bukan Fred Krueger tu...
Fred ni......



                                                           

Memang lawak.. Comel jer..
Aku dapat tau pasal Fred ni pon, dari iCarly..
Ada jugak angan2 nak jadik mcm Carly tu.. tapi maybe x komersil.. Hampehh..

Yess! I;m addicted to Youtube..=)

Chow lok keh? Nak mandi, nak jenjalan.. =P
pai2..









p/s: kalau ada tau mana2 video yang best, share2 aa..=)



Wednesday, March 23, 2011

Woooaaaaahhhhhh!

Hehe...
MODE: epy sesangat~~

aucakk!

Hari ni, result SPM dah pon keluar.. Ambik slip kira2 pkul 230pm tadik..
Tapi seblom dapat result aku dah tau brapa aku dapat..
Ow ya.. Ada 2 gud news.. hehe... Get ready for this bebeh! =)


Well, aku dah kaler balik rambut aku.. warna hitam..
Ow yess... Hitam itu menawan deng..^^,
Show pix jer la k? 
R u ready?

smbil buat muke camni..=p







JENGJENGJENG!




hoyeah~~ 
Nice eyyhhhh?
Hehe..
Saia manyak suka itu saia punya rambut suda hitam balik... hoho~
Pasni, nak try lowlite kaler brown?
Amacam? =)


Back to the main story..
Pagi tadi, lepas aku kaler rambut aku, terus aku meronggeng ngan Roberto, Ramnietasha, Jasty & Audrey..
Kat mane?
SUB CAFE bebeh! =p
Dalam aku otw g Sub Cafe, Roberto text, bagitau Ramnie tau berapa aku dapat..
HomaiGod!
Dah la aku neves giler sampai getaq kepala lutut, siap bagitau aku lagi, diaorang dah tau aku dapat berapa..
Aisehmen... =.=!
Laju jer aku speed kaki aku g SC..
Pastu, Ramnie bagitau la, dia cuma tau yang aku dapat 3A..
Hoooo~ Dah kira ok tu..
Aku tanya, ada gagal ke tak.. Ramnie cakap, dia tak tau..
Berdouble kuasa dua la neves aku time tu...
Fuhhhh!
Citer punya citer, kitaorang decide nak jenjalan jap, nak hilangkan stress kunun2 nye..
Ntah dar mne, adik aku datang, terus bagitau result aku..
Dah tak saspen lagi dah aku pastu...
=)
Nak tau berapa aku dapat?


tengok jgn x tengok..=)

Kalau tak clear, ni lah result yg aku dapat..

1103 BAHASA MELAYU (Bplus)
1119 BAHASA INGGERIS (A)
1225 PENDIDIKAN MORAL (B)
1249 SEJARAH (B)
1449 MATHEMATICS (Aminus)
3472 ADDITIONAL MATHEMATICS (E)
4531 PHYSICS (Cplus)
4541 CHEMISTRY (D)
4551 BIOLOGY (D)
6355 ENGLISH FOR SCIENCE AND TECHNOLOGY (A)
6356 BAHASA IBAN (Bplus)

Ok la tuu..
Aku tak pernah aim nak dapat straight A ke apa...
Cukup la takde yang gagal or at least, cukup nak hantar g masuk Uni @ ape2 jer..
Bersyukur la ngan apa yang kita dapat..
Tu la hasil usaha kita selama ni.. Kalau nak menyesal tu, muka surat satu lagi tu..
Move on jer laa...
Masih banyak lagi yang menuggu kita kat depan tu..


Roberto, we fight for what we ever wanted..
Then, everything will worth every efforts we've made..=)



Hrmm... Setakat ni, takde la celebration semua tu..
Tak kisah..
One thing made me smile today, I get to meet my old friends....
Oww yeah~~
Sukasukasuka!
Aaa... Kalau nak tanye ape2 lagi, sila cari saya di fesbuk okie? hehe..
Chowchengcheng!!











p/s: pray for Michael for his surgery on 30th Mac..=)







Tuesday, March 22, 2011

Homaigokk!!

Huhh!!
Dah nak habes rupe nye cuti tanam anggur aku nihh..
Well, tak jugak kira nak habes sebab pasni nak tunggu tawaran Uni ke, matrix ke, maktab ke, rombongan meminang ke... Haha.. Merepek...

Setelah beberapa tarikh yang sangat hampeh menjadi mangsa bila result SPM keluar, akhirnya, dgn segala bangga nya, 23 Mac adalah tarikh rasmi result keluar...
Seyes cakap, aku sekarang, mati2 nebes... Huahuahua!
Semua orang suroh aku elek jerr.. tapi x boleh laa.....
Mau tak tido aku malam ni.. Huhue..


Ekceli, aku tak tau apa nak post..
Just nak post ttg ke-nebes-an aku nihh..
Hampehh.. Ape kejadah nya??
Fesbuk, hehe.. Memang, kalau otak dah mereng macam aku nih, ader jer idea bodo...
Tngah malam karang, aku nak deactivate aku pnya fesbuk..
Takde orang tanye punye..
Henpon, gud luck la, sapa2 yang cari aku esok..
Roberto, esok, jalankan misi kita..
=)
Hokehh!! Papai!!

muke nebes kekunun nye..